Chekri Mansor

http://chekrimansor.webs.com

Bersumber dari realiti kehidupan seharian adalah pencetus ekspresi dan kreativiti untuk terus berkarya. Chekri Mansor atau nama sebenar Mohd Rizal Mansor Din lahir pada 8 mac 1977 di Kuala Lumpur. Hasil karya seni adalah refleksi daripada penghayatan dan pengalaman yang dilalui, cuba mengajak khalayak untuk mengembara didalam seni catan dan berkongsi pengalaman kembara agar keindahannya dapat di rasai bersama. Kepekaan dan nilai estetika sesuatu karya adalah antara simbolik kepada penghasilan sebuah karya seni. Biarpun bersifat subjektif, luahan perasaan terpamer menambahkan variasi kepelbagaian hasil seni yang mewakili jiwa dan keadaan sesuatu pekara.

Sejak dari awal penglibatan beliau di dalam dunia seni lukis, beliau telah banyak menimba pengalaman dengan mengadakan dan menyertai pameran dan aktiviti kesenian dengan karya-karya eksperimentasi beliau bersama rakan-rakan artis lain, membentuk keperibadian tinggi dan jati diri sebagai seniman. Justeru beliau melebelkan karya seni beliau sebagai “Ekspresi Naratif Bebas” mengikut definasi beliau sendiri.

Hasil karya merupakan refleksi dari persekitaran sacara langsung atau tidak langsung berdasarkan pengalaman, pendapat dan perasaan dalam. Ekspresi karya-karya beliau berbentuk penceritaan ( Naratif ) tentang persekitaran, budaya, isu tempatan atau global, juga ada yang dipetik dari cerita-cerita rakyat, peribahasa dan pantun-pantun melayu lama. Kemudiannya ditranfomasikan kepada bentuk gubahan visual-estetik yang menarik dan unik. “Bebas” mencipta bentuk subjek tanpa mengambil kira bentuk asal subjek yang dilukis dan komposisi yang bebas juga tidak mengambil kira prospektif dalam lukisan. Penonjolan rona terang dan kontra menjadi resepi sesebuah karya dengan media yang bebas.

Sebagaimana terakam pada judul-judul karya beliau, ” Siri Gadis Melayu, Teratai dan lain-lain” selalunya diterapkan unsur-unsur budaya melayu, suasana kampung, kebaya, batik dan songket juga dimuatkan didalam karya beliau. Berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi adalah simbolik kepada kedamaian. Paparan siang dan malam (Matahari & Bulan) adalah antara simboliknya melambangkan masa dan perjalanan hidup. Paparan gaya motif atau subjek terbentuk seboleh-bolehnya memperjelaskan karya berunsur ekspresionis yang lebih menonjolkan imej-imej figura dalam pegangan yang masih kukuh membawa mesej yang tersirat. Sebagai contoh siri Gadis Melayu yang mengabadikan kelembutan seorang wanita, ia menyelitkan maksud maruah, keperibadian tinggi selain keayuan wanita itu sendiri.

Penyusunan subjek dibiarkan berada didalam keadaan bebas agar manipulasi kewujudan subjek mewujudkan kerekter yang tersendiri. Kreativiti hasil karya atau lakaran bentuk dan rupa secara tidak langsung turut mengungkap gaya dan stail beliau bagi menampilkan identiti yang tersendiri.

 

PAMERAN

2009 – Pameran Palestin Program Amal 2009, dirasmikan oleh Dato’ Marina Mahathir, Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.

– Art Below 500, Art Villige Gallery Bangsa South.

2008 – International Contemporary Art Fair 2008, dirasmikan oleh Y.B Senator Tan Sri Muhammad Bin Muhammad Taib, Mid Valley Exibition Centre Kuala Lumpur.

– Pameran Terbuka Shah Alam 08′, dirasmikan oleh Y.B Menteri Besar Selangor Dato’ Khalid Ibrahim, Galeri Shah Alam Selangor D.E.

2007 – Mekar Citra 07′, Sempena bulan kemerdekaan yang ke 50 tahun, dirasmikan oleh Duli Yang Maha MUlia Sultan Selangor. Galeri Shah Alam Selangor D.E.

– Pameran 2 artis, Adeputra & Chekri Mansor, Sheraton Impreal Hotel

– Pameran x+trasi Sabah, dirasmikan oleh Dato’ Sri Rais Yatim, Balai Seni Lukis Sabah, Kota KInabalu Sabah.

2006 – 62nd Tokyo iInternational Gift Show, Tokyo Big Sight Odaiba, Tokyo Japan.

– Inspiring Hopes – Anugerah Gallery Sdn.Bhd. dirasmikan oleh Datuk Seri Rosmah Mansur, Impiana Hotel Kuala Lumpur.

2005 – Pameran Mini Solo, Laman Cafe & Causine, Subang parade, Subang Jaya selangor D.E.

2004 – Colour Recipe, ByKALIMA, Artalk Gallery, Jalan Telawi Bangsar Kuala Lumpur.

– Pameran perdagangan Bumiputra, dirasmikan oleh Y.B Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, PWTC Kuala Lumpur.

– Exibitio By 2 Malay Artist, Bar Ember, Sri Hartamas Kuala Lumpur.

2003 – Artist Jam @ CM, diruang legar Central Market, Kuala Lumpur.

– Art Exibition By Adeputra & Chekri, dirasmikan oleh Tan Sri Francis Yeoh, Stahill Bukit Bintang Kuala Lumpur.

– Estetika Perak, Galeri Seni Muzium Darul Ridzuan, Ipoh Perak.

– Imajan Suara Kemerdekaan, dirasmikan oleh Tun DR. Mahathir Muhamad, Galeri Seni Maybank, Menara Maybank Kuala Lumpur.

2002 – K.L True Colour, Anugerah Gallery Sdn.Bhd, diruang legar Great Estern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

– Pamreran Anuderah, Anugerah Gallery Sdn.Bhd. Ampang Kuala Lumpur.

2001 – Group Exibition-Takoyaki Osakaya, Wisma Cosway Kuala Lumpur.

– Khalid Batik Galleri, Wisma Cosway Kuala Lumpur

PROJEK & AKTIVITI SENI

2008 – Demonstrasi Batik Program Homestay, 3Segi Serambi Studio Galeri, Janda Baik Bentong Pahang D.M

2006 – Pameran dan Demonstrasi Lukisan & Inai, City Bazaar Kuala Lumpur.

– Laman Seni Putrajaya 06′, dirasmikan oleh Dato’ Seri Rais yatim, Dataran Putrajaya.

– Bengkel Seni Kreatif, Anugerah Gallery Sdn.Bhd & Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (HYKM)- Projek Pembangunan Seni Kreatif, Anugerah Gallery Taman Sri watan Ampang Selangor D.E.

– Laman Seni Kuala Lumpur, Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.

2005 – Live Show Painting, Laman Cafe & Causine, Subang Parade, Subang Jaya Selangor D.E.

2003/04 – Artist Jam @ CM, Central Market Kuala Lumpur.

2002 – The Touch Of Caring, Adeputra Art Projects (HUKM ), Starhill Bukit Bintang Kuala Lumpur.

– Demonstrasi Batik Sempena Menyambut Kemerdekaan Ke-45 Tahun, Khalid Batik Galleri, Awana Genting Hotel, Genting Highland Bentong Pahang D.M.

2001 – Banner Terpanjang Didunia, Sempena Hari Kemerdekaaan ke-44 Tahun, Sukan Sea Ke-21 & Ekspidisi Penerbangan Muhibah Asean 2001, dirasmikan oleh Tun DR. Mahathir Bin Mohamad, Kuala Lumpur.

Past Works

208ty Murals

Roti canai man
selling drink uncle
Roti uncle
IMG-20131222-WA0022