Store List

21st Beast

  • D-5-2, Block D
  • -
  • 11am - 10pm
Social Media:

Setelah enam tahun menjalankan perniagaan secara dalam talian, @21stbeast telah membuka kedai fizikal mereka secara rasmi pada 17 Ogos yang lalu. Kedai ini terletak di Pusat Perniagaan The Atmosphere, di mana kawasan ini mempunyai parkir yang banyak, mudah, dan environmental friendly untuk pelanggan yang ingin berkunjung dan membeli barangan di 21st BEAST.

Menurut pengasasnya @aqmalhakeem , kedai ini mengambil konsep dan gaya yang dinspirasikan sebuah jenama antarabangsa iaitu Aime Leon Dore sewaktu beliau berpeluang melawat butik jenama it ketika berada di Eropah.

Sudah pasti, ia memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pengunjung dengan merasai suasana ‘luxury streetwear’ yang mempu dirasai di Malaysia amnya dan di 21st BEAST khususnya.

Kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan limited edition yang diperoleh dari seluruh dunia tidak kiralah dari barangan streetwear seperti Supreme, Nike,Adidas, Kith, Palace, Bape sehinggalah ke barangan high end seperti Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya.

Menurut Aqmal lagi, beliau dan team akan mengadakan pelbagai acara di masa akan datang bermula September in bag memberi peluang kepada orang ramai untuk datang dan merasai pengalaman membeli belah di kedai 21st BEAST ini.

Bagi sesiapa yang ingin berkunjung, boleh hadir ke butik 21 BEAST ini (waze: 21stbeast) dari jam 11 pagi hingga 10 malam, Selasa hingga Ahad.

Alamat: Blok D, 5-2, Jalan Atmosphere 7, Pusat Perniagaan The Atmosphere, 43300 Seri Kembangan.

Block D