In2Niaga adalah satu aplikasi yang membantu para penjaja untuk menerima sebarang mod pembayaran tanpa tunai dalam pergerakan ke arah masyarakat tanpa tunai yang lebih selamat dan tanpa kontak berdepan pandemik COVID-19 di Malaysia.
Pelanggan kepada penjaja yang telah mendaftar akaun In2niaga pula boleh mengimbas Kod QR yang dipaparkan untuk membuat bayaran dalam talian melalui pelbagai saluran pembayaran tanpa tunai yang sedia ada.